Struktur Asas Penulisan Karangan, Artikel, Esei & Blog

Skil menulis sangat diperlukan oleh setiap orang dari peringkat anak sekolah hinggalah tahap orang dewasa. Jadi tidak hairanlah, penulisan ini ditekankan dari peringkat sekolah rendah. Ini kerana skil penulisan sangat penting dalam membuat laporan, suratkhabar, blog, pamplet, brosur, iklan dan pelbagai lagi kegunaan.

Panduan asas struktur penulisan artikel ini adalah bagi membantu anda yang mempunyai kesukaran untuk menulis. Keadaan ini terjadi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti tidak suka menulis, jarang membaca, tiada idea, kurang kreatif dan sebagainya.

Stuktur penulisan selalunya dimulakan dengan pendahuluan. Kemudian disusuli dengan tips penting atau isi. Jika anda seorang pemula, empat (4) tips penting yang berkait rapat dengan tajuk artikel sudah mencukupi. Jika sudah mahir, tips penting boleh ditambah lagi bagi menjadikan artikel lebih panjang dan berinformatif. Akhirnya, artikel akan diakhiri dengan kesimpulan.

Jadi secara asasnya, setiap penulisan artikel yang lengkap mempunyai enam (6) perenggan. Perenggan pertama adalah pendahuluan. Diikuti dengan perenggan kedua iaitu tips penting pertama. Setelah itu, perenggan ketiga adalah tips penting kedua. Kemudian, perenggan keempat adalah tips penting ketiga. Perenggan kelima adalah tips penting keempat. Akhirnya, perenggan keenam adalah kesimpulan.

Bagaimana menulis pendahuluan?

Bagi memudahkan anda tahu bagaimana penulisan pendahuluan ini dapat dilaksanakan, letakkan syarat awal bahawa anda perlu menulis secara minimum sebanyak dua (2) ayat. Dalam ayat pertama mestilah ada pernyataan tajuk/aktiviti/kejadian dan masa/bila tajuk/aktiviti/kejadian telah berlaku. Dalam ayat kedua pula ada pernyataan tajuk/aktiviti/kejadian dan bagaimana tajuk/aktiviti/kejadian telah berlaku. 

Bagaimana menulis isi/tips penting?

Ada banyak sumber dan cara untuk mendapatkan idea tips penting.  Seperti yang kita tahu atau belum tahu bahawa manusia belajar dan mencerap melalui tiga (3) cara. Pencerapan ini boleh diperolehi dengan cara melihat, mendengar atau membuat aktiviti. Oleh yang demikian sumber bagi memperolehi tips penting untuk membuat karangan atau artikel adalah sangat banyak. Antara sumber-sumber yang boleh dibuat rujukan adalah buku, rancangan di televisyen, video di youtube, berita dalam suratkhabar, perkongsian di blog, pengalaman yang pernah dilalui, aktiviti yang pernah dijalankan dan banyak lagi. 

Jumlah penulisan untuk isi adalah 4 perenggan yang mengandungi 4 tips penting dimana setiap perenggan adalah huraian untuk satu tip penting. Setiap perenggan perlu ditulis sebnayak 3 ayat. Jadi jumlah ksemuanya adalah 12 ayat.

Bagaimana menulis kesimpulan?

Sepertimana menulis pendahuluan, bagi memudahkan anda tahu bagaimana penulisan kesimpulan ini dapat dilaksanakan, letakkan syarat awal bahawa anda perlu menulis secara minimum sebanyak dua (2) ayat. Dalam ayat pertama mestilah ada pernyataan perasaan. Manakala ayat kedua pula ada pernyataan akan datang.

Kesimpulannya, struktur penulisan asas artikel bolehlah diringkaskan seperti turutan dalam struktur dibawah:

1. Tajuk artikel

2. Pendahuluan

  • 1 perenggan, 2 ayat

3. Isi

  • 4 perenggan, 4 tips penting
  • Perenggan pertama, tip penting pertama - 3 ayat
  • Perenggan ke 2, tip penting ke 2 - 3 ayat
  • Perenggan ke 3, tip penting ke 3 - 3 ayat
  • Perenggan ke 4, tip penting ke 4 - 3 ayat

4. Kesimpulan

  • 1 perenggan, 2 ayat

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

===> LIHAT CONTOH PENULISAN KARANGAN MUDAH DISINI 

===> LIHAT CONTOH PENULISAN KARANGAN KBAT DISINI

Comments