Posts

Struktur Asas Penulisan Karangan, Artikel, Esei & Blog

Skil menulis sangat diperlukan oleh setiap orang dari peringkat anak sekolah hinggalah tahap orang dewasa. Jadi tidak hairanlah, penulisan ini ditekankan dari peringkat sekolah rendah. Ini kerana skil penulisan sangat penting dalam membuat laporan, suratkhabar, blog, pamplet, brosur, iklan dan pelbagai lagi kegunaan. Panduan asas struktur penulisan artikel ini adalah bagi membantu anda yang mempunyai kesukaran untuk menulis. Keadaan ini terjadi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti tidak suka menulis, jarang membaca, tiada idea, kurang kreatif dan sebagainya. Stuktur penulisan selalunya dimulakan dengan pendahuluan. Kemudian disusuli dengan tips penting atau isi. Jika anda seorang pemula, empat (4) tips penting yang berkait rapat dengan tajuk artikel sudah mencukupi. Jika sudah mahir, tips penting boleh ditambah lagi bagi menjadikan artikel lebih panjang dan berinformatif. Akhirnya, artikel akan diakhiri dengan kesimpulan. Jadi secara asasnya, setiap penulisan artikel yang len